DUNIA

China Dan Ukraine Adakan Rundingan Politik Di Beijing

19/12/2025 05:10 PM

BEIJING, 19 Dis (Bernama-CMG) -- Rundingan Politik China-Ukraine diadakan di sini pada Khamis, disertai Penolong Menteri Luar China Liu Bin dan Timbalan Menteri Luar Pertama Ukraine Serhiy Kyslytsya.

Liu menyatakan bahawa persahabatan dan kerjasama sentiasa menjadi nadi utama dalam hubungan China dan Ukraine sejak kedua-dua negara ini menjalin hubungan diplomatik.

Kedua-dua pihak berpegang kepada prinsip saling menghormati, mempercayai, memahami, dan menguntungkan, mencapai hasil kerjasama memuaskan dalam sektor ekonomi, perdagangan, pertanian, sains dan teknologi, kebudayaan dan lain-lain.

"China bersedia untuk berganding bahu dengan pihak Ukraine terus melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara dan mendorong hubungan dua hala maju ke depan," kata Liu. 

Dalam rundingan itu, Kyslytsya pula menyatakan bahawa pihaknya amat mementingkan hubungan dengan China.

"Ukraine mempertahankan prinsip satu China, dan bersedia untuk mempergiat kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang demi memajukan hubungan Ukraine-China ke hadapan," kata Kyslytsya. 

– BERNAMA-CMG



 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2504550