AM

MOTAC Batal Lesen Winborneo Leisure Tour Sdn Bhd

19/12/2025 04:31 PM

PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat Winborneo Leisure Tour Sdn Bhd (No Syarikat: 1235228-D) berkuat kuasa semalam.

MOTAC dalam kenyataan hari ini, memaklumkan tindakan diambil Pesuruhjaya Pelancongan itu selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

“MOTAC memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusaha pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2504525