Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan bergambar pada Relay For Life Perak 2025 di Pekarangan Dewan Dr Ling Liong Sik, Universiti Tunku Abdul Rahman hari ini.
Acara anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) itu disertai kira-kira 1,200 peserta terdiri daripada orang awam termasuk pemandiri kanser.
Turut hadir isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin dan Pengarah Urusan NCSM Prof Dr M Murallitharan.