Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melepaskan para peserta Larian Hari Keputeraan Sultan Perak di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar hari ini.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melepaskan para peserta Larian Hari Keputeraan Sultan Perak di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, puteri baginda Raja Nazira Safya dan adinda Sultan Nazrin Raja Datuk Seri Yong Sofia. Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin, barisan exco kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan kerajaan.
Lebih 9,000 peserta Larian Hari Keputeraan Sultan Perak memulakan larian di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar hari ini. Larian yang bermula pada 6.45 pagi itu diadakan sempena Hari Keputeraan baginda ke-69 yang disambut pada 7 Nov lepas.
AM
Sultan Nazrin Berkenan Sertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak