Lelaki Malaysia kini berdepan dengan peningkatan beban kanser, dan menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2017-2021, risiko sepanjang hayat bagi lelaki Malaysia untuk menghidap kanser telah meningkat daripada 1 dalam 10 kepada 1 dalam 8 lelaki, dengan kanser kolorektal, paru-paru dan prostat menduduki senarai teratas.
Pakar Perunding Urologi di Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Goh Cheng Hood berkongsi bahawa keengganan untuk bertindak awal sering berpunca daripada stigma sosial dan bukan kerana kurang kesedaran, kerana ramai lelaki mengaitkan pemeriksaan perubatan dengan kelemahan atau rasa malu, terutamanya apabila melibatkan isu sensitif seperti masalah urinari atau reproduktif.
Pakar Perunding Onkologi Klinikal dari SMCV, Dr Hafizah Zaharah Ahmad, berkongsi bahawa berdasarkan Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) bagi kanser kolorektal, peningkatan pengambilan 100 gram daging merah dan 25 gram daging proses setiap hari merupakan faktor risiko yang boleh meningkatkan kemungkinan mendapat kanser.
AM
Tiga Kanser Paling Kerap Dihidapi Lelaki, Boleh Dicegah Dengan Pengesanan Awal