Penjawat awam, Hafizah Ahmad, 48, yang tinggal di Bertam, Kepala Batas berkata projek penyuraian trafik di antara Plaza Tol Juru dengan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) di Bukit Mertajam amat dinanti-nantikan kerana dapat mengurangkan kesesakan di laluan berkenaan yang semakin serius sejak beberapa tahun belakangan ini, terutamanya pada waktu puncak.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pengguna lebuh raya, Kenny Khor, 44, menyambut baik pelaksanaan projek penyuraian trafik di antara Plaza Tol Juru dengan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) di Bukit Mertajam.
Pengguna lebuh raya dan penduduk sekitar yakin pelaksanaan projek itu bakal memberikan banyak manfaat, khususnya mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan keselesaan pemanduan.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Seorang pesara, Ali Akbar Abdul Razak, 65, dari Butterworth, berkata pelaksanaan projek penyuraian trafik di antara Plaza Tol Juru dengan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) di Bukit Mertajam tetap menggembirakan kerana dia masih kerap berulang-alik ke rumah anak-anaknya di bahagian pulau walaupun sudah bersara.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
AM
Projek PTJSD: Pengguna Lebuh Raya Lega Kesesakan Juru–Sungai Dua Bakal Berakhir