Seorang lelaki warga Myanmar, Tha Hnin Sang, 19, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya, Cung Tha Lian, 25, di sebuah bengkel, pada 3 Okt lepas.
Tha Hnin Sang, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farha Sulaiman, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA