Seorang penuntut universiti awam didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku menjual kandungan lucah untuk tujuan komersial, tahun lepas.
Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Aidil Akmal Azhar, 24, selaku orang kena saman (OKS), dan sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dihukum penjara selama enam bulan.
OKS membayar denda itu.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA