PASARAN

Niaga Hadaan FBM KLCI Ditutup Rendah

09/07/2025 07:11 PM

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta bagi Julai 2025 dan September 2025 turun 10.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,524.0 dan 1,503.0, manakala Ogos 2025 dan Disember 2025 susut 10.0 mata masing-masing kepada 1,521.50 dan 1,502.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 4,032 lot daripada 5,171 pada hari Selasa, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 36,910 kontrak daripada 37,565.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.90 mata atau 0.06 peratus kepada 1,529.24 daripada 1,530.14 pada Selasa.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2443268