Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima bayaran bagi urusan haji tanpa lesen pengelola haji yang sah daripada seorang individu.
Mhd Lihan Sabari, 60, dan Noor Nisrin Mahlim, 58, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.
Mereka bersama-sama didakwa membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan ke tanah suci bagi maksud menunaikan haji dengan menerima bayaran sebanyak RM81,000 daripada seorang wanita tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah pada 4 hingga 7 April lepas di cawangan sebuah bank di Mantin.