PASARAN

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

03/07/2025 01:52 PM

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan di kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.90 mata kepada 1,547.31 daripada 1,550.21 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.07 mata kepada 1,546.14.

Bagaimanapun, pasaran secara menyeluruh positif dengan 514 kaunter untung mengatasi 371 kaunter rugi manakala 404 kaunter tidak berubah, 1,099 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.37 bilion unit bernilai RM1.36 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks petunjuk pasaran tempatan dijangka berada dalam julat 1,545 hingga 1,555 hari ini apabila Wall Street semalaman ditutup bercampur-campur dengan peniaga menunggu laporan pekerjaan pada Jun yang penting.

“Bagaimanapun, dana beralih semula kepada saham teknologi berikutan Nasdaq ditutup pada paras tertinggi yang pernah dicatatkan. Sementara itu, hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) naik kepada 4.283 peratus,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank mendatar pada RM9.76, Tenaga Nasional berkurangan 62 sen kepada RM13.98 dan Public Bank merosot 2.0 sen kepada RM4.30. CIMB meningkat 2.0 sen kepada RM6.80 dan IHH Healthcare naik 3.0 sen kepada RM6.86.

Bagi saham paling aktif, Zetrix AI menambah 1.0 sen kepada 97.5 sen, NEXG dan DNeX, masing-masing meningkat setengah sen kepada 38.5 sen dan 29.5 sen serta Inari Amerton naik 4.0 sen kepada RM2.04.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 4.81 mata kepada 11,586.90, Indeks FBMT 100 naik 1.21 mata kepada 11,361.98 manakala Indeks FBM Emas Shariah merosot 6.36 mata kepada 11,593.47.

Indeks FBM 70 melonjak 100.45 mata kepada 16,711.69 dan Indeks FBM ACE naik 30.68 mata kepada 4,509.77.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 12.67 mata kepada 17,721.43, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.41 mata kepada 155.88 manakala Indeks Tenaga merosot 2.34 mata kepada 744.83 dan Indeks Perladangan berkurangan 2.13 mata kepada 7,393.83.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2440814