AM

Maxis Meriahkan Sambutan Hari Gawai Dan Pesta Kaamatan

05/06/2025 07:12 PM

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Maxis, penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di Malaysia memeriahkan sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan dengan menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Sarawak serta Sabah baru-baru ini.

Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis Loh Keh Jiat dalam kenyataan hari ini berkata penganjuran program berkenaan menunjukkan dedikasi mereka untuk berinteraksi dan membina hubungan yang berkekalan dengan komuniti.

“Pada Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini, Maxis dengan bangga meraikan warisan bersama dan ikatan erat yang benar-benar menyatupadukan rakyat Malaysia,” katanya.

Maxis dalam kenyataan sama memaklumkan sambutan itu menunjukkan dedikasi Maxis kepada rakyat Malaysia terutama sebagai penyedia perkhidmatan yang pantas, boleh dipercayai dan selamat.

Kenyataan itu memaklumkan bagi sambutan Hari Gawai di Sarawak yang bertemakan ‘Gayu Guru Gerai Nyamai Saa bersama Raikan Gawai 2025’, mereka bekerjasama dengan Persatuan Autistic Sibu (SAA).

Sementara itu di Sabah, Maxis memaklumkan mereka menjadi penaja utama Festival Penuaian Kaamatan tahunan di Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA).

Maxis memaklumkan syarikat itu turut menganjurkan konvoi bermula dari Pekan Benoni, Papar sehingga ke Kampung Warisan Monsopiad sebelum berakhir di KDCA, selain menghasilkan dua buah filem berkaitan sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2431171