AM

Majlis Pendidikan Negara Platform Strategik Selaras Dasar Pendidikan - Fadhlina

04/06/2025 04:19 PM

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Majlis Pendidikan Negara (MPN) bakal menjadi platform strategik tertinggi negara dalam menyelaras dasar dan pelaksanaan pendidikan merentas kementerian bermula dari peringkat prasekolah sehingga peringkat tertinggi, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. 

Beliau berkata dengan penubuhan MPN itu juga membolehkan isu-isu pendidikan yang berbangkit diselesaikan secara tuntas dan holistik.

Fadhlina berkata demikian menerusi hantaran di Facebook selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penubuhan MPN secara bersama dengan Menteri Pendidikan Tinggi  Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini. 

“Perbincangan hari ini tertumpu kepada cadangan terma rujukan, hala tuju dan gerak kerja bersepadu bagi MPN,” katanya.

Beliau berkata reformasi pendidikan yang radikal dan berani seperti yang dihasratkan memerlukan penglibatan menyeluruh semua pihak.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2430705