AM

Fahmi Ucap Selamat Ulang Tahun Kepada FINAS Dan TV3

01/06/2025 10:43 AM

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan selamat ulang tahun ke-44 kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Beliu mendoakan supaya FINAS terus menjadi tonggak utama dalam menperkasakan bakat, memperluas pasaran, dan memacu industri perfileman ke peringjat global.

“Lebih empat dekad mengangkat industri kreatif tanah air – darpada layar perak kepada skrin digital. Terima kasih atas komitmen dalam memartabatkan seni, budaya dan suara rakyat Malaysia melalui filem dan kandungan tempatan,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Sementara itu, Fahmi turut mengucapkan selamat ulang tahun ke-41 buat TV3.

Beliau berkata selama 41 tahun, TV3 menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia yang menyajikan berita, hiburan, drama dan pelbagai program berkualiti yang membentuk kenangan generasi demi generasi.

“Terima kasih atas dedikasi dalam menyampaikan informasi dan hiburan yang mendidik serta menyatukan kita semua.

“Semoga terus maju, relevan dan kekal sebagai pilihan masyarakat!" katanya.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2429709