KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Pemain skuasy negara Rachel Arnold terkandas seawal pusingan pertama Kejohanan Terbuka British 2025 selepas tewas kepada wakil Mesir, Kenzy Ayman di Birmingham, hari ini.
Rachel, pemain ranking ke-19 dunia, gagal menyaingi corak permainan agresif Kenzy yang berada di ranking ke-38, sekali gus tunduk 6-11, 12-14, 5-11 dalam tempoh hanya 26 minit.
Kekalahan itu menyaksikan Kenzy mara ke pusingan kedua untuk bertemu pemain Belgium, Tinne Gilis dalam kejohanan yang berlangsung hingga 8 Jun ini.
-- BERNAMA