PASARAN

Keuntungan Dalam Pasaran Getah Terencat, Menjejaki Kerugian Serantau

28/05/2025 06:36 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) --Keuntungan dalam pasaran getah Malaysia terencat untuk ditutup lebih rendah berikutan kerugian di pasaran niaga hadapan getah serantau. 

 Penurunan ini disebabkan oleh kebimbangan yang berterusan terhadap prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjurus kepada ketidakpastian tarif, kata seorang peniaga, sambil menambah bahawa kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh peningkatan harga minyak selain kelemahan ringgit berbanding solar US.

"Sentimen pasaran turut disokong oleh penyusutan pengeluaran getah di Thailand, bersama-sama dengan keyakinan mengenai hubungan perdagangan Kesatuan Eropah-AS," kata peniaga itu kepada Bernama. 

 Niaga hadapan getah Jepun menyaksikan kejatuhan pada Rabu selepas kebimbangan terhadap perang harga yang berpanjangan dalam pasaran kereta China telah melemahkan sentimen untuk bahan pembuatan tayar.

Pada 3 petang tadi, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 menurun sebanyak 19 sen kepada 716.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot sebanyak 1.5 sen kepada 625.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2428499