Oleh Vijian Paramasivam
PHNOM PENH, 27 Mei (Bernama) -- Umat Islam di Kemboja akan menyambut Aidiladha pada 7 Jun.
Pengerusi Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam di Kemboja Kamaruddin Yusof, mengumumkan tarikh itu pada petang Selasa.
Hampir 800,000 umat Islam di Kemboja menyambut Aidiladha.
Pada masa yang sama, Malaysia dan Singapura turut mengumumkan bahawa umat Islam di kedua-dua negara itu akan meraikan sambutan Aidiladha pada 7 Jun.
-- BERNAMA