JENAYAH & MAHKAMAH

Kemalangan Lori FRU: Jumlah Mangsa Maut Meningkat Kepada Sembilan, Semua Anggota FRU

13/05/2025 11:57 AM

TELUK INTAN, 13 Mei (Bernama) -- Angka kematian dalam kemalangan membabitkan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini hari ini, meningkat kepada sembilan orang. 

Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin ketika dihubungi berkata kesemua yang maut adalah anggota FRU dari Unit 5 Ipoh. 

Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat. 

Setakat ini identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti. 

-- BERNAMA 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2422139