Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) hadir ke Mahkamah Rayuan hari ini berhubung rayuannya bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dengan dua sebatan serta denda RM10 juta kerana bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).