Pasangan warga China Xu Jianfeng, 27, (kanan) dan isterinya Shi Qian, 28, (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung kejadian kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 9 Feb lepas.
Pasangan itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Ahmad Fuad kemudian membenarkan pasangan itu diikat jamin RM5,000 setiap orang dengan seorang penjamin selepas Chew memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan munasabah.
Hakim menetapkan 17 Feb ini untuk sebutan semula kes.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA