Jenazah penuntut cemerlang bidang perakaunan Aysar Zahran Saiful Alimin disolatkan oleh ahli keluarga dan ahli kariah masjid di Masjid Al Muttaqin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16, Dusun Tua hari ini.
Penuntut cemerlang tersebut maut dalam kemalangan di Jalan Hulu Langat-Ampang, petang semalam, semasa hayatnya bercita-cita menjadi seorang akauntan di firma audit terbesar di dunia.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai menziarahi jenazah penuntut cemerlang bidang perakaunan Aysar Zahran Saiful Alimin yang maut dalam kemalangan di Jalan Hulu Langat-Ampang, dibawa ke Masjid Al Muttaqin untuk disolatkan hari ini.
Penuntut cemerlang tersebut semasa hayatnya bercita-cita menjadi seorang akauntan di firma audit terbesar di dunia.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
AM
Hasrat Allahyarham Aysar Bekerja Di Firma Audit Terbesar Dunia Tidak Kesampaian - Bapa