Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Norizan Jili memantau Pemeriksa Kereta Motor Muhammad Rahmat Ibrahim melakukan pemeriksaan ke atas tayar sebuah bas ekspres di Terminal Bas Jalan Pahlawan Sibu, ketika tinjauan dan pemeriksaan ke atas bas-bas ekspres bersama pasukan penguatkuasa JPJ Cawangan Sibu bersempena Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 yang dilaksanakan serentak seluruh negara bermula 20 Januari hingga 9 Februari 2025. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Norizan Jili berbual dengan pemandu bas ekspres di Terminal Bas Jalan Pahlawan Sibu, semasa membuat tinjauan dan pemeriksaan ke atas bas-bas ekspres bersama pasukan penguatkuasa JPJ Cawangan Sibu bersempena Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 yang dilaksanakan serentak seluruh negara bermula 20 Januari hingga 9 Februari 2025.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA