Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan bersama Pengarah Pendidikan Pahang Datuk Amzan Abdul Malek (belakang, kanan) dan Pengarah Pendidikan Johor Mohd Hanafi Samad (belakang, tiga kanan) bergambar bersama-sama selepas Majlis Penyerahan Bot Laju, Bot Optimist dan Motosikal Roda Tiga Kepada Sekolah-Sekolah Pulau Tioman dan Penyerahan Kayak Bagi Kegunaan Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Jabatan Pendidikan Pahang 2024 di Pusat Menyimpan dan Memperbaiki Bot, Aur Pesaka Jaya, Mersing.