5jam ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 berada pada jajaran atas julat unjuran 4.0 peratus hingga 4.8 peratus, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) – Cadangan produk asas insurans/takaful perubatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam proses untuk dimuktamadkan tahun ini, termasuk melibatkan pelaksanaan usaha rintis bermula tahun depan yang menjadi antara strategi menangani inflasi perubatan serta peningkatan premium insurans.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perdagangan perkhidmatan Malaysia kembali mencatatkan lebihan selepas 56 suku tahun, menyokong lebihan akaun semasa pada suku ketiga 2025 berjumlah RM12.2 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
5jam ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia melonjak kepada RM8.5 bilion pada suku ketiga 2025 daripada RM1.6 bilion pada suku kedua 2025, disokong oleh suntikan ekuiti yang lebih besar, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Banci Ekonomi 2026 (BE2026) akan menilai tahap kesiapsiagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari segi penggunaan teknologi, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Indeks harga seunit besi meningkat antara 0.6 peratus sehingga 2.5 peratus bulan lepas berbanding September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pengeluaran getah asli susut sebanyak 14.8 peratus kepada 26,647 tan pada September 2025 daripada 31,285 tan pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada September 2025 merekodkan jumlah jualan sebanyak RM158 bilion pada September, dengan pertumbuhan 6.6 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Hasil sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 6.3 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2025 kepada RM657.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh data ekonomi domestik dan global yang semakin positif sekali gus mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap prospek pertumbuhan jangka pendek Malaysia.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Usaha kerajaan untuk meningkatkan kerencaman ekonomi negara telah berjaya dengan mengambil kira prestasi sektor ekonomi berdaya saing yang diunjurkan pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Kewangan II yang juga memangku tugas Menteri Ekonomi Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
7hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat mencecah 4.17 - paras tertingginya setakat tahun ini - disokong oleh data positif ekonomi Malaysia, Kadar Dasar Semalam (OPR) stabil dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.