14jam ago
Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar
TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Jepun hari ini bersetuju untuk memperkukuh kerjasama keselamatan tenaga dan tenaga nuklear awam ketika kedua-dua negara berusaha meningkatkan daya tahan menghadapi gangguan bekalan global dan ketidaktentuan geopolitik yang semakin memuncak.
16jam ago
Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar
TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun menumpukan kepada usaha memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, khususnya dalam menarik pelaburan dan perdagangan serta sektor berteknologi tinggi yang memberi impak langsung kepada ekonomi rakyat.
18jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) menerajui kementerian dan agensi berkaitan dalam mengguna pakai pendekatan usaha sama seluruh kerajaan bagi membanteras aktiviti perniagaan, penawaran perkhidmatan dan lambakan barangan import yang tidak sah, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
18jam ago
Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar
TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Jepun bersetuju memperkukuh kerjasama dalam bidang tenaga, industri strategik dan daya tahan rantaian bekalan semasa rundingan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Sanae Takaichi.
21jam ago
TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Jepun boleh memberikan sumbangan yang bermanfaat kepada pengukuhan rantaian bekalan serantau terutama dalam industri semikonduktor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
1hari ago
Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar
TOKYO, 9 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat Jepun untuk terus memperluas pelaburan mereka di Malaysia terutamanya dalam sektor teknologi tinggi seperti semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan industri digital.
2hari ago
TOKYO, 8 Jun (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun akan menyediakan peluang strategik kepada Malaysia untuk meneroka kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi serta bina upaya yang terus menjadi agenda penting bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif di peringkat antarabangsa.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) akan diinstitusikan secara rasmi pada 28 Julai, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Krisis bekalan dan tenaga global yang berterusan tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai isu harga minyak tetapi sebagai gangguan fizikal lebih luas yang boleh menjejaskan isi rumah secara beransur-ansur menerusi peningkatan kos sara hidup, kata Tan Sri Mohd Hassan Marican.
3hari ago
TOKYO, 7 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke sini bermula esok (8 Jun) hingga 10 Jun depan, atas jemputan kerajaan Jepun, menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar.
6hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi hari ini walaupun petunjuk semalaman daripada Wall Street bercampur-campur dan kebanyakan pasaran serantau memulakan dagangan dengan dicatatkan rendah.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) merealisasikan kapasiti tenaga boleh baharu terpasang sebanyak 4.3 gigawatt (GW) seiring dengan usaha syarikat utiliti itu untuk menyokong agenda peralihan tenaga negara.