10jam ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang meningkat sedikit kepada 1.7 peratus pada Mac 2026, masih terkawal dan bersifat sementara dengan kenaikan itu sebahagian besarnya didorong oleh faktor kos luaran dan bukannya daripada permintaan domestik yang menyeluruh.
20jam ago
KUALA LUMPUR,17 April (Bernama) -- Sektor minyak dan gas kekal positif meskipun Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menyemak turun secara ketara unjuran permintaan minyak bagi 2026 daripada pertumbuhan 730,000 tong sehari kepada 80,000 tong sehari.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18 peratus berjumlah RM534.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, susulan pelabur mula berhati-hati menjelang tarikh akhir gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)-Iran, ditambah pula dengan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi kewangan terpilih.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) AMS Advanced Material Bhd terlebih langgan sebanyak 9.03 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) akan menyertai The Meetings Show Asia Pacific (TMS APAC) 2026 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands di Singapura sebagai sebahagian daripada usaha untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi acara perniagaan terkemuka di rantau Asia Pasifik.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran bagi perdagangan pengedaran tahun ini pada 6.1 peratus, walaupun risiko negatif akibat krisis tenaga yang berterusan mungkin mendorong semakan turun terhadap unjuran itu.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangka momentum dagangan di Bursa Malaysia Bhd kekal positif dalam tempoh terdekat sebelum beralih kepada sektor berasaskan pemulihan secara berperingkat berikutan purata nilai dagangan harian (ADV) yang lebih kukuh pada suku pertama 2026.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ekonomi global kini diasak tekanan akibat krisis Asia Barat yang berlanjutan yang berpotensi memerlukan bantuan kewangan sehingga US$50 bilion (US$1 = RM3.98) bagi membantu negara-negara rentan menangani kejutannya, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor pembuatan Malaysia yang dijangka mencatat pertumbuhan 4.1 peratus pada 2026.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk 2026 kepada 4.4 peratus daripada 4.1 peratus berdasarkan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Ketua Ahli Ekonominya bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.
9hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh pada 3.97 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Rabu, apabila wujud semula optimisme selepas AS dan Iran bersetuju dengan pelan gencatan senjata konflik Asia Barat selama dua minggu.