16jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki penurunan dalam pasaran COMEX AS di tengah-tengah aktiviti jualan berterusan yang menjejaskan sentimen pasaran.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$130.6 bilion setakat 29 Mei 2026.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan memperuntukkan sebahagian daripada modal mereka untuk menyokong syarikat yang memaparkan komitmen tinggi terhadap penciptaan nilai dan melaksanakan prinsip “MY Value Up.”
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) – Inisiatif MY Value-Up Malaysia sedang diperkenalkan untuk membentuk semula keutamaan bilik lembaga bagi merangsang syarikat menerangkan strategi mereka dengan lebih berkesan, meningkatkan prestasi dan persepsi pelabur terhadap cadangan nilai jangka panjang mereka.
2hari ago
PETALING JAYA, 9 Jun (Bernama) -- Data kredit yang dipercayai dan mudah diakses adalah penting untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dapat mengurangkan jurang maklumat dan membolehkan peruntukan kredit yang lebih cekap, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) firma perkhidmatan kejuruteraan Sum Technology Bhd (Sum Technology) terlebih langganan sebanyak 110.54 kali ganda menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 18 Jun 2026.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Gangguan terhadap bekalan tenaga dan petrokimia boleh membawa implikasi yang meluas melangkaui ketersediaan bahan api, berpotensi menjejaskan barangan penting untuk kehidupan seharian, seperti bekalan perubatan, pembungkusan makanan dan baja pertanian, kata Tan Sri Mohd Hassan Marican.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd yang dilantik sebagai kontraktor utama bagi mereka bentuk dan membina perumahan kakitangan agensi itu.
6hari ago
PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memperuntukkan kira-kira RM11 bilion dalam perbelanjaan modal (capex) selama lima tahun akan datang bagi menyokong pengembangan dan pemodenan infrastruktur lapangan terbang di setiap rangkaiannya seluruh negara.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IJM Corporation Bhd merosot kepada RM3.24 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (TK2026), daripada RM403.37 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons untuk memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.