Terdapat 805 berita berdasarkan kata kunci carian " eropah"

Pasaran Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Khamis, sejajar dengan aliran menurun dalam harga niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah berikutan kebimbangan mengenai impak ekonomi daripada konflik Asia Barat yang berpanjangan, kata seorang peniaga.

Malaysia Perlu Perkukuh hubungan Perdagangan, Pelaburan Dengan Taiwan Dalam Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu memberikan lebih banyak tumpuan untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Taiwan terutama dalam industri semikonduktor, kata Profesor Adjung Universiti Taylor Dr Ong Kian Ming.

Kesediaan Malaysia Dalam 19 Bidang Utama Penentu Pelaksanaan Tenaga Nuklear -- ST

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) – Keputusan Malaysia berkaitan pelaksanaan program tenaga nuklear akan bergantung kepada tahap kesediaan negara dalam 19 bidang keutamaan dengan sebahagian besarnya menumpukan aspek keselamatan, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

Pasaran Getah KL Cecah Paras Tertinggi Baharu 2026, Seiring Prestasi Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Pasaran Getah Kuala Lumpur mencatat peningkatan ketara pada akhir dagangan Rabu, sekali gus mencecah paras tertinggi baharu bagi 2026 setakat ini.

PIP Bantu Capai Sasaran Perdagangan Malaysia-Thailand US$30 Bilion

PADANG BESAR, 30 Mei (Bernama) -- Kerajaan yakin pembangunan Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) di sini akan menyumbang secara signifikan kepada sasaran perdagangan dua hala Malaysia-Thailand, yang diunjurkan mencecah US$30 bilion menjelang tahun depan.

Pasaran Getah Dijangka Suram, Cenderung Menurun Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Pasaran getah dijangka menyaksikan urus niaga yang suram dengan harga cenderung menurun sedikit pada minggu hadapan susulan berakhirnya musim daun pokok getah luruh, kata pakar industri Denis Low.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Alami Turun Naik Susulan Cuti Panjang

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Dagangan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami turun naik minggu depan susulan cuti yang panjang, kata peniaga.

Bank Dunia Unjur Purata Harga Minyak Mentah Brent Sekitar US$86 Pada 2026

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia mengunjurkan harga minyak mentah Brent akan kekal tinggi dalam tempoh terdekat sebelum kembali mereda dengan mencatatkan purata US$86 (US$1 = RM3.96) setong pada 2026 dan US$70 setong pada 2027.

Permintaan Kargo Udara Naik 4.0 Peratus Pada April - IATA

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) --  Jumlah permintaan kargo udara global, yang diukur dalam tan-kilometer kargo, meningkat sebanyak 4.0 peratus pada April 2026 berbanding paras pada April 2025 (4.0 peratus bagi operasi antarabangsa), menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai berikutan data ekonomi China yang menggalakkan, kata peniaga.

IHH Healthcare Tumpu Teknologi, Kecekapan Operasi Tangani Peningkatan Kos

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- IHH Healthcare Bhd memanfaatkan kecerdasan buatan (AI), kecekapan operasi dan pengembangan penjagaan ambulatori bagi mengurus peningkatan inflasi perubatan tanpa memindahkan sebahagian besar kos kepada pesakit.

MSM Cenderung Menurun Minggu Depan Menyusuli Kelemahan Dalam Minyak Mentah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutan kelemahan dalam pasaran minyak mentah, kata seorang peniaga.