BERITA TERKINI   AAX memperoleh langganan penuh bagi cadangan RM1 bilion tawaran saham persendirian berharga pada RM1.65 sesaham | Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Sindiket dadah tumpas di Taman Bukit Indah, dadah bernilai RM2.07 juta dirampas dan lima lelaki ditahan - Polis Johor | Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | 

Terdapat 762 berita berdasarkan kata kunci carian " unjuran"

Pasaran Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Malaysia Diunjur Cecah US$48.41 Bilion Pada 2028

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Saiz pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia diunjurkan mencecah US$48.41 bilion (US$1=RM4.28) pada 2028 dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 13.5 peratus, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Prestasi Kewangan Kerajaan Persekutuan Lebih Baik Pada 2023, Catat Lebihan Hasil Dan Penurunan Defisit - Laporan Audit

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan mencatatkan prestasi kewangan lebih baik pada tahun 2023 berbanding 2022 dengan peningkatan lebihan hasil sejumlah RM2.028 bilion dan penurunan defisit sejumlah RM8.595 bilion.

Belanjawan 2025: Kenanga IB Jangka Kerajaan Tingkat Perbelanjaan Pembangunan

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan dijangka memperuntuk perbelanjaan pembangunan yang lebih tinggi sebanyak RM94.5 bilion dalam Belanjawan 2025 daripada unjuran RM88.5 bilion pada 2024, untuk meningkatkan sektor infrastruktur.

Kekuatan Niaga Hadapan Emas Dijangka Berkurangan Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka berkurangan dari segi kekuatannya pada minggu depan tetapi masih akan disokong di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan, kata seorang penganalisis.

Malaysia Dan UAE Muktamadkan Perbincangan CEPA - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya memuktamadkan perbincangan bagi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Hartalega Dijangka Raih Manfaat Susulan Semakan Tarif AS Terhadap Produk Sarung Tangan China

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd dijangka mendapat manfaat daripada semakan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) diumumkan baru-baru ini terhadap pembuat sarung tangan China.

Malaysia Di Landasan Raih Bahagian Penting Pasaran Digital Global - Gobind

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Malaysia kini di landasan tepat bagi menguasai bahagian penting dalam pasaran digital global, seiring jangkaan ekonomi digital negara menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun depan.

Malaysia Diunjur Terbit Sukuk Lebih Tinggi Pada Separuh Kedua Tahun Ini - Moody's

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia diunjur mencatatkan terbitan sukuk yang lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini meskipun terbitan sukuk kedaulatan domestik yang rendah pada separuh pertama, kata Moody’s Ratings.

Tingkatkan Nilai Ambang WPL Beri Faedah Kepada Sektor Perladangan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd percaya dengan menaikkan ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) kepada sekitar RM4,500 setan akan memberi manfaat kepada sektor perladangan menjelang Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.

Malaysia Di Landasan Tepat Capai Status Negara Maju, Berpendapatan Tinggi - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ringgit Ditutup Rendah Ketika Hasil AS Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang mendadak, menyebabkan peniaga dan pasaran mengambil pendirian berhati-hati mengenai kemungkinan penurunan kadar AS pada masa hadapan.

Bank Dunia Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Kepada 4.9 Peratus Bagi 2024

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus pada 2024, daripada 4.3 peratus yang ditetapkan pada April lalu.