3bulan ago
SINGAPURA, 8 Ogos (Bernama) -- Firma hospitaliti yang beribu pejabat di Singapura, The Ascott Ltd dilantik oleh Coronade Properties Sdn Bhd untuk menguruskan komponen hotel di pembangunan bersepadu Coronation Square di Johor Bahru.
4bulan ago
JOHOR BAHRU, 30 Julai (Bernama) -- Johor berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM1.34 bilion daripada lima syarikat Singapura menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
5bulan ago
KLUANG, 6 Julai (Bernama) — Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka memberi limpahan manfaat bukan sahaja di sekitar Johor Bahru, malah turut dirasai di semua 10 daerah negeri ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 2 Julai (Bernama) -- Kejayaan Johor dalam merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang tinggi telah memperkukuhkan pelaksanaan Agenda Maju Johor yang menyasarkan pertumbuhan KDNK antara tujuh hingga lapan peratus setahun, menjelang 2030.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka melonjakkan bahagian Johor dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara melebihi 12 peratus menjelang 2023, sekiranya pelaburan yang dirancang menjadi kenyataan mengikut pelan, kata CIMB Investment Bank Bhd.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 26 Jun (Bernama) -- OCBC Group melihat potensi Johor sebagai sebuah hab pelaburan dan perdagangan strategik yang menghubungkan ASEAN dan China, sekali gus bersedia memperluas peranannya dalam menyokong pertumbuhan pelbagai sektor utama di negeri ini.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 25 Jun (Bernama) -- Kerjasama antara kerajaan negeri Johor melalui Invest Johor dan syarikat teknologi Jepun, NEOJAPAN Inc. dimeterai baru-baru ini dijangka mewujudkan 300 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji bermula RM4,000 untuk graduan baharu.
5bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) -- Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia-Johor (IMFC-J) menerima sejumlah 439 pertanyaan berkaitan pelaburan dalam masa hanya lima bulan sejak pelancarannya pada Februari tahun ini.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semakin menarik minat pelabur antarabangsa terutamanya dari Jepun, Korea Selatan, China, dan Eropah, apabila Johor meletakkan dirinya sebagai pintu masuk strategik ke pasaran ASEAN.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 13 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan Ibrahim International Business District (IIBD) bakal mentransformasikan pusat bandar Johor Bahru sebagai hab perniagaan bertaraf dunia, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 12 Jun (Bernama) -- Johor berjaya menghasilkan 33,000 peluang pekerjaan baharu, meningkatkan pemindahan teknologi dan kepakaran serta mengukuhkan daya saing ekonomi negeri berikutan berjaya menarik pelaburan berkualiti tinggi dan berteknologi maju.
6bulan ago
KOTA TINGGI, 5 Jun (Bernama) -- Impak Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sudahpun mula dapat dilihat dengan Johor merekodkan RM27.4 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada suku pertama tahun ini.