11hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd meraih keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM281.25 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 Sept 2025 berbanding RM335.13 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
11hari ago
PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Sunway Malls melancarkan kempen akhir tahun bertemakan Cozy Cozy Christmas, yang menampilkan pemasangan hiasan imersif, bengkel kreatif dan aktiviti berfokuskan komuniti di semua pusat beli-belah mereka di seluruh negara.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Sebanyak lebih 48,000 permohonan diterima sehingga 31 Ogos lepas, merentas 12 inisiatif di bawah Pelan Tindakan KL20, dengan lebih 46,000 penerima manfaat, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meraih jualan berjumlah RM432.18 juta di pameran Saudi Build 2025 ke-35 merangkumi RM251.26 juta daripada Pavilion Malaysia dan RM180.92 juta daripada sesi pemadanan perniagaan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia kini merupakan ekonomi digital yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara (SEA), dengan peningkatan sebanyak 19 peratus tahun ke tahun, dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak US$39 bilion (US$1=RM4.13) tahun ini.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Penggubal dasar ASEAN+3 sedang meneroka kaedah untuk menggerakkan simpanan serantau, satu langkah yang dilihat semakin penting memandangkan rantau ini berdepan dengan keperluan peningkatan pembiayaan yang besar, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Marzunisham Omar.
13hari ago
KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Belanjawan Sarawak 2026 berjumlah RM12.9 bilion merangkumi RM7.3 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM5.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus, kata Premiernya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
13hari ago
SHAH ALAM, 24 Nov (Bernama) -- Sebanyak 948 projek pelaburan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan bernilai RM34.65 bilion telah diluluskan kerajaan Selangor bagi tempoh Januari hingga Jun 2025.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelabuhan Klang kini secara rasminya berada dalam kedudukan antara 10 pelabuhan kontena utama dunia dalam Senarai Lloyds bagi 100 Pelabuhan Utama Dunia 2025.
14hari ago
Oleh Rohana Nasrah
KOTA KINABALU, 23 Nov (Bernama) -- Sabah kini memasuki fasa baharu dalam transformasi ekonomi berasaskan sumber marin menerusi inisiatif Ekonomi Biru yang dijangka membawa impak besar terhadap pertumbuhan ekonomi negeri dan menambah peluang pekerjaan untuk rakyat.
15hari ago
LABUAN, 22 Nov (Bernama) -- Terminal Minyak Mentah Labuan (LCOT), antara fasiliti minyak dan gas terawal dan paling lama bertahan di Malaysia, terus kekal menjadi simbol kecemerlangan operasi negara ketika meraikan ulang tahunnya yang ke-50, kata Pengerusi Hibiscus Petroleum Bhd, Zainul Rahim.
15hari ago
LABUAN, 22 Nov (Bernama) -- Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa Maldives (MIFSA) melantik Datuk Iskandar Mohd Nuli sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, menandakan langkah penting dalam usaha Maldives membangunkan pusat kewangan antarabangsa yang berdaya saing.