12jam ago
BEIJING, 15 Nov (Bernama) -- Negara-negara ASEAN perlu memberi lebih perhatian kepada industri pembuatan bagi meningkatkan daya saing dalam pasaran global, kata Pengarah Seksyen Penyelidikan dan Pengajaran Ekonomi Perindustrian China, Xu Jie.
17jam ago
GEORGE TOWN, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal stabil dan berdaya tahan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran global, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
18jam ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menerajui pembangunan sistem tenaga yang terjamin, mampu milik dan rendah karbon di Asia Tenggara dengan menggabungkan dasar yang stabil, projek boleh labur, infrastruktur moden serta modal insan berkemahiran.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia yang berkembang sebanyak 5.2 peratus peratus pada suku ketiga 2025 meletakkan negara di landasan betul untuk mencapai paras tinggi sasaran pertumbuhan 2025 pada 4.0 hingga 4.8 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
23jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan dalam julat 4.10-4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, disokong oleh asas makroekonomi Malaysia yang berdaya tahan dalam jangkaan anjakan peralihan berkaitan dasar monetari negara maju itu.
23jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) --Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan kukuh minggu depan, dengan para peniaga menyasarkan lantunan semula dalam lingkungan US$4,160 hingga US$4,210 setiap auns troy.
23jam ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan berikutan bermulanya musim Monsun Timur Laut, kata pakar industri Denis Low.
23jam ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan pergerakan mendatar minggu depan apabila kalangan pelabur menunggu pusingan perkembangan dasar global yang baharu dan data ekonomi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd telah memeterai kemudahan pembiayaan bersindiket sebanyak RM4.3 bilion dengan lima bank bagi menyokong pelaksanaan rangkaian 5G generasi seterusnya selain mempercepat perluasan pengalaman ULTRA5G ditawarkan syarikat itu.
1hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi suku ketiga Malaysia membuktikan momentum domestik semakin mengukuh walaupun keadaan luaran kekal tidak menentu, kata seorang ahli ekonomi.
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini berikutan pasaran mengalami pembetulan sederhana selepas mencatat peningkatan baru-baru ini walaupun data ekonomi domestik adalah menggalakkan.
1hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan semalam dengan ditutup rendah pada Jumaat, seiring kelemahan prestasi serantau susulan penurunan di Wall Street, akibat kebimbangan baharu terhadap penilaian tinggi saham teknologi serta ketidaktentuan hala tuju dasar Rizab Persekutuan AS (Fed).