2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) menerbitkan semula sejumlah US$1.365 bilion sukuk jangka pendek merentasi empat tempoh dalam lelongan terakhirnya bagi 2025.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan rendah pada tengah hari ini dengan indeks petunjuk utama susut 0.54 peratus, diasak jualan saham wajaran tinggi terpilih merangkumi sektor perkhidmatan, telekomunikasi dan media.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) – Struktur kontrak dan operasi syarikat yang menawarkan perkhidmatan ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) perlu dikaji dengan teliti bagi mendapatkan maklumat jelas mengenai status kepatuhan syariah transaksi itu, kata Ketua Jabatan Pembangunan Penyelidikan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohammad Mafrukhin Mokhtar.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street susulan pendirian pelabur yang berhati-hati menjelang pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengenai kadar faedah negara maju itu pada minggu depan.
2hari ago
Oleh Karina Imran dan Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan meneruskan momentum pengukuhan sekitar RM4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan keadaan fiskal lebih baik yang mendorong sentimen pelabur terhadap mata wang berkenaan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Produk asas insurans perubatan dan kesihatan (MHIT) yang akan diperkenalkan pada awal 2027 akan menjadi produk kendiri tanpa sebarang kaitan dengan prestasi pelaburan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- DRB-Hicom Bhd bercadang membeli keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Spirit Aerosystems Malaysia Sdn Bhd (Spirit MY) berharga US$110.62 juta (US$1=RM4.1115), meningkat daripada anggaran nilai perusahaan sebelumnya sebanyak US$95.2 juta.
3hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Ringgit melonjak kepada 4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Khamis, mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh hampir empat tahun setengah, apabila data ekonomi AS yang lemah terus meningkatkan jangkaan terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedahnya.
3hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan mencatat penyusutan kecil berikutan sentimen berhati-hati yang ketara menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Institut REHDA, cabang penyelidikan dan latihan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), menggesa agar asas pemikiran semula diperkukuhkan, selain semakan menyeluruh terhadap dasar perumahan Malaysia yang memberi tumpuan kepada agenda ‘perumahan untuk semua’.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal diniagakan rendah pada tengah hari Khamis berikutan aktiviti jualan ketara membabitkan saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti dan perkhidmatan kewangan.
3hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat hari ini dipacu oleh aktiviti memburu saham berharga rendah dan menjejaki pemulihan semalaman Wall Street berikutan jangkaan pelonggaran dasar monetari Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan.