Terdapat 13363 berita berdasarkan kata kunci carian " "

Program Latihan Kemahiran Ecrl Di China Lahir 66 Profesional Sistem Rel

Daripada Norsyafawati Ab Wahab

LIUZHOU (China), 20 Mei (Bernama) -- Sebanyak 66 pelatih Malaysia berjaya menamatkan program di Liuzhou Railway Vocational Technical College (LRVTC) pada Selasa dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Kohort Pertama Program Latihan Kemahiran Industri Projek Laluan Rel Pantai Timur (PLKI–ECRL) bagi Latihan Operasi dan Penyelenggaraan (O&M).

TM Terus Beri Kerjasama Penuh Kepada DOJ AS Berhubung Bekas Pekerja TM USA

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) akan terus memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berhubung bekas pekerja TM USA Inc. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Kelemahan COMEX

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi kelemahan dalam pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS).

Prestasi Eksport Pacu Sentimen, Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Nilai ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu, didorong oleh sentimen pasaran yang kian ketara susulan prestasi perdagangan Malaysia yang naik 28.6 peratus tahun ke tahun dan mencecah rekod RM336.73 bilion pada April 2026.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Didorong Sentimen Risiko Global Lemah

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu apabila sentimen risiko global yang lemah menjejaskan keyakinan pelabur, kata seorang ahli ekonomi.

Syarikat Malaysia Sasar Cadangan Pembangunan Bersepadu Di Cebu, Filipina

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- MTD Philippines Inc yang juga sebahagian AFK Group dari Malaysia, telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan wilayah Cebu, Filipina, membabitkan cadangan pembangunan bersepadu di Naga City, Cebu.

CJC Perhebat Kerjasama Koperasi Rentas Negara IMT-GT

BUTTERWORTH, 20 Mei (Bernama) -- Penubuhan Jawatankuasa Bersama Koperasi (CJC) berdasarkan kerangka Majlis Perniagaan Bersama Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand  (IMT-GT JBC) akan memperkukuh kerjasama koperasi rentas negara.

Perdagangan Malaysia Pada April Cecah Rekod RM336.73 Bilion Dipacu Eksport Kukuh E&E - MITI

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Perdagangan Malaysia meningkat 28.6 peratus tahun ke tahun kepada rekod RM336.73 bilion pada April 2026, dipacu terutamanya oleh eksport kukuh produk elektrik dan elektronik (E&E), menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Berjaya Air Sasar Dua Pesawat ATR 72-600 Highline Baharu Dengan Belanja Modal Tahunan RM70 Juta

SUBANG JAYA, 20 Mei (Bernama) -- Berjaya Air Sdn Bhd menyasar untuk memiliki dua pesawat ATR 72-600 Highline baharu menjelang akhir tahun ini, dengan perbelanjaan modal tahunan sebanyak RM70 juta.

Resorts World Genting, Denza Sime Motors Kerjasama Guna EV Dalam Operasi Di Tanah Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

GENTING HIGHLANDS, 20 Mei (Bernama) -- Resorts World Genting (RWG) bekerjasama dengan Denza Sime Motors untuk memperkenalkan unit kenderaan elektrik (EV) ke dalam operasi Genting Highlands sebagai sebahagian daripada inisiatif kemampanannya. 

Sarawak Unjur Kutipan Hasil Capai RM13 Bilion Pada 2026 - Timbalan Premier

KUCHING, 20 Mei (Bernama) -- Sarawak mengunjurkan kutipan hasil sebanyak RM13.04 bilion pada tahun ini, kata Timbalan Premier merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga penanda aras minyak mentah yang lebih rendah susulan pengurangan tekanan bekalan, kata seorang peniaga.