XTransfer Dapat Kelulusan BNM Untuk Lesen Pembayaran Utama
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Platform pembayaran perdagangan rentas sempadan perniagaan ke perniagaan, XTransfer telah menerima kelulusan bersyarat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk lesen pembayaran utama seperti pengeluaran wang elektronik dan lesen perkhidmatan kewangan (Kelas A) meliputi pengiriman serta pertukaran mata wang.