AS Mahu Rundingan Satu Dengan Satu Dengan Negara Anggota ASEAN Mengenai Tarif - MITI
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) bertegas mengadakan perbincangan dua hala dengan negara anggota ASEAN secara individu mengenai langkah tarif timbal balas baru-baru ini, dan enggan berunding sebagai sebuah blok serantau, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).