2jam ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ringgit meningkat sebanyak 0.25 peratus berbanding dolar AS, mengukuh pada hari ketiga berturut-turut pada Rabu, disokong oleh petunjuk ekonomi domestik yang memberangsangkan.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dijangka diniagakan antara RM3,800 hingga RM4,000 satu tan bagi tempoh Januari hingga Julai 2026, kata seorang pakar industri.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan pelabur mengambil pendirian berhati-hati menjelang pengumuman data pasaran buruh utama AS.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Setakat Januari 2026, tiada pelaburan pusat data yang telah ditangguhkan, berisiko dilengahkan atau berpotensi berpindah ke negara lain susulan keputusan menangguhkan pembangunan pusat data baharu di Johor sehingga 2027 akibat kekangan bekalan air.
1hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya apabila mengakhiri urus niaga hari ini dengan mencecah semula paras 3.92 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
1hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Sistem Antara Muka Pembayaran Bersepadu (UPI) India yang akan memasuki pasaran Malaysia, bakal meningkatkan kecekapan pembayaran, mengurangkan kos transaksi dan menyokong transaksi digital yang lebih lancar antara syarikat Malaysia dan India, serta untuk pengguna dan komuniti diaspora.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh kelemahan menyeluruh mata wang itu susulan kebimbangan terhadap pengurangan permintaan terhadap aset AS.
2hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin selepas Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia bagi Disember mencatatkan prestasi yang mengatasi jangkaan pasaran, sekali gus menunjukkan ekonomi domestik kekal di kedudukan kukuh.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$126.9 bilion setakat 30 Januari, 2026, berbanding US$125.6 billion pada 15 Januari, 2026.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Prospek bagi sistem perbankan Malaysia yang diberi penarafan A3, kekal stabil didorong oleh pertumbuhan serta asas-asas ekonomi yang kukuh, demikian menurut Moody’s Ratings.
2hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk suku keempat 2025 dijangka melebihi paras tahun sebelumnya, memberi petunjuk bahawa momentum asas yang lebih kukuh dan risiko penurunan lebih rendah pada 2026, kata ahli ekonomi.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen global yang bercampur-campur mengehadkan kenaikan manakala pelabur menilai perkembangan politik dan pergerakan mata wang utama.