TP-Link Malaysia, UiTM Meterai MoU Strategik Tangani Jurang Bakat
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Penyedia peranti rangkaian dan produk rumah pintar global, TP-Link Distribution Malaysia Sdn Bhd (TP-Link Malaysia) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) strategik bagi melengkapkan penuntut dengan kemahiran rangkaian relevan dengan industri, pengalaman perusahaan secara praktikal serta sijil diiktiraf global.