Sunway Square Mall Dibuka, Gabungkan Peruncitan, Seni Dan Gaya Hidup Komuniti
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pusat beli-belah Sunway Square Mall beroperasi secara rasmi hari ini, sekali gus menandakan pembukaan hab komuniti mesra haiwan peliharaan empat tingkat seluas 320,000 kaki persegi di Sunway City Kuala Lumpur.