AFMGM Ke-12 Menutup Tirai, Negara Anggota Komited Perkukuh Daya Tahan Ekonomi
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 yang berakhir hari ini menyaksikan perkumpulan itu menyokong Penyampaian Ekonomi Utama (PED) Malaysia di tengah-tengah isu tarif AS yang menjejaskan negara anggota.