Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian "reach ten"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung 

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada peningkatan semalam apabila ditutup rendah pada hari ini, susulan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini yang juga seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Dipacu Minat Belian

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan susut sedikit tetapi melantun kemudiannya, didorong oleh minat belian baharu bagi saham-saham wajaran tinggi terpilih.

Aktiviti Pengambilan Untung Seret Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan awal untuk ditutup sedikit rendah hari ini, diseret turun akibat aktiviti pengambilan untung di kaunter perkhidmatan kewangan serta kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian, kata seorang penganalisis pasaran.

Bursa Malaysia Ditutup Meningkat, Indeks Utama Cecah Intra Harian Tertinggi

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penyusutan awal hari ini apabila indeks petunjuk utamanya mencecah paras intra harian tertinggi, seiring prestasi positif pasaran serantau serta aktiviti belian saat-saat akhir saham telekomunikasi, pembinaan, hartanah dan berkaitan pusat data.

Bursa Malaysia Kekal Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal bercampur-campur pada tengah hari ini dalam dagangan berhati-hati walaupun prestasi menggalakkan dalam pasaran serantau berikutan kenaikan semalaman di Wall Street.

Reach Ten Sasar Tingkat Prasarana Gentian Optik Kepada 767 Kilometer Dalam Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan telekomunikasi berpangkalan di Sarawak, Reach Ten Holdings Bhd (Reach Ten) menyasarkan untuk memanfaatkan hasil tawaran awam permulaan (IPO) bagi meningkatkan infrastruktur saluran gentian optiknya kepada 767 kilometer di Sibu, Miri dan Bintulu dalam tempoh tiga tahun.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Walaupun Wall Street Catat Kenaikan

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan pelabur kembali selepas cuti dengan minat yang berkurangan, mengabaikan kenaikan semalaman di Wall Street yang didorong oleh pendapatan kukuh daripada Microsoft dan Meta.

Reach Ten, CelcomDigi Bekerjasama Untuk Sediakan Liputan Selular Di Luar Bandar Sarawak

KUCHING, 30 April (Bernama) -- Pembekal perkhidmatan telekomunikasi bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, Reach Ten Holdings Bhd bekerjasama dengan CelcomDigi Bhd untuk menyediakan liputan selular kepada komuniti luar bandar melalui penggunaan tenaga dan kos rendah serta perkhidmatan stesen pangkalan sel kecil high data load.

Reach Ten Bakal Raih RM104 Juta Daripada IPO Bagi Tingkat Infrastruktur Telekomunikasi

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Penyedia telekomunikasi berpangkalan di Sarawak Reach Ten Holdings Bhd (Reach Ten) menyasarkan untuk meraih RM104 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang rancangan penyenaraiannya di Pasaran Utama pada 2 Mei, 2025.