BIMOffice Catat Kemunculan Pertama Kukuh Di Pasaran LEAP, Harga Cecah 26.5 Sen
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Penyenaraian pertama BIMOffice Group Bhd di Pasaran LEAP Bursa Malaysia hari ini ternyata kukuh dengan mencatat harga 26.5 sen atau menokok 11.5 sen berbanding harga rujukan 15 sen selain 40,000 saham diniagakan.