8jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Komitmen kerajaan terhadap pembaharuan dasar fiskal sejak beberapa tahun lepas membuahkan hasil, memberikan ruang untuk mengambil pendekatan tunggu dan di sebalik konflik di Asia Barat, kata OCBC Research Group.
10jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila laporan mengenai beberapa kapal dibenarkan melalui Selat Hormuz dengan selamat telah mengurangkan permintaan terhadap mata wang selamat.
10jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih tinggi pada Selasa menjejaki kenaikan yang dicatatkan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
10jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula selepas mencatatkan kerugian selama dua hari untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu aktiviti memburu saham berharga rendah dan seiring dengan prestasi pasaran serantau yang memberangsangkan.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd memberi teguran secara terbuka dan denda sebanyak RM300,000 kepada KAF Investment Bank Bhd (KAF IB) kerana melanggar keperluan penyenaraian Pasaran ACE (ACE LR) Bursa Malaysia Securities.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Selasa, sejajar dengan prestasi positif pasaran serantau, disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui sektor perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan industri.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sektor domestik Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun pasaran tidak menentu dalam masa terdekat, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
19jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh kenaikan Wall Street dan disokong oleh pembelian meluas di pasaran serantau.
20jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen global yang lebih baik apabila pelabur memberi reaksi positif terhadap perkembangan dalam pasaran minyak.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 92.62 peratus setakat Februari 2026, selari dengan jadual penyiapan jajaran Kota Bharu, Kelantan ke Gombak, Selangor menjelang akhir tahun ini seterusnya beroperasi secara komersial bermula Januari 2027.
1hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lainnya ketika pasaran memaparkan sentimen serantau dan risiko global lebih stabil yang hanya melemahkan dolar AS di tengah-tengah permintaan terhadap aset selamat.
1hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat terus memberi kesan kepada sentimen pasaran.