Akta Pembaharuan Semula Bandar Buka Kelebihan Ketara -- PropertyGuru Malaysia
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad and Nur Atiq Maisarah Suhaimi
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Akta Pembaharuan Semula Bandar, yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen menjelang Julai ini, mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi, kata Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Kenneth Soh.