Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian "aham capital"

Webull Malaysia Bekerjasama Dengan AHAM Capital Lancar Moneybull

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Webull Malaysia, anak syarikat Webull Corporation telah mengumumkan kerjasama strategik dengan AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) untuk melancarkan Moneybull, penyelesaian pengurusan tunai yang membolehkan pelabur memaksimumkan pulangan atas lebihan wang mereka atau yang tidak dilaburkan, sambil mengekalkan kecairan penuh.

Bursa Lulus Permohonan AHAM Capital Gantung Dagangan Dua Dana Pada 26 Mac

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) berkata Bursa Malaysia telah meluluskan permohonannya bagi penggantungan dagangan dua dana dagangan pertukaran (ETF) yang berkuat kuasa pada 26 Mac, 2025.

Saham CapitaLand Malaysia Trust Naik Selepas Catat Keuntungan Lebih Tinggi Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Harga saham CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) di Bursa Malaysia meningkat sedikit pada awal dagangan selepas mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM187.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 berbanding RM163.66 juta setahun lalu.

AHAM Capital Umum Agihan Pendapatan RM1.11 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM1.11 bilion pada tahun kewangan 2024, meliputi 89 dana borong dan runcit.  

Pemegang Saham AirAsia X Lulus Pengambilalihan Kepentingan Perniagaan Penerbangan Capital A

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pemegang saham AirAsia X Bhd (AAX) melulus dan menyokong sepenuhnya cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti Capital A dalam perniagaan penerbangan dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB) dengan harga RM6.8 bilion.

Capital A Optimis Akhiri Status PN17 Menjelang Disember 2024 - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Capital A Bhd mempunyai ekuiti yang positif dan optimis dapat keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang akhir Disember tahun ini.

Capital A Adakan EGM Pada 14 Okt, 2024 Untuk Pelupusan Perniagaan Penerbangan

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Capital A Bhd akan mengadakan mesyuarat agung luar biasanya (EGM) pada 14 Okt, 2024 bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham untuk pelupusan perniagan penerbangannya kepada AirAsia X (AAX).