Forum Pembangunan Komuniti Perniagaan ASEAN 2025 Sasar 500 Peserta Daripada ASEAN
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Forum Pembangunan Komuniti Perniagaan ASEAN (ABCD) yang akan dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) pada 7 Ogos, 2025, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dijangka menarik sehingga 500 peserta dari 10 negara ASEAN tahun ini.