BERITA TERKINI   Pusat Mediasi MADANI akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada 18 Mei - Fahmi | PM Anwar arah kementerian terlibat lakukan libat urus untuk pastikan bantuan kewangan sampai kepada penjaja - Fahmi | Malaysia kesal keputusan Kerajaan Norway tidak lulus permit eksport perolehan siri peluru berpandu pada saat akhir - Fahmi | Piala Dunia FIFA 2026: Kesemua 104 perlawanan akan disiarkan di platform RTM dan Unifi TV - Fahmi | Untung bersih CelcomDigi meningkat kepada RM418 juta pada suku pertama tahun kewangan 2026 berbanding RM384 juta tahun lepas | 

Terdapat 223 berita berdasarkan kata kunci carian " washington"

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur, Seiring Niaga Hadapan Getah Serantau

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, seiring prestasi niaga hadapan getah serantau dan peningkatan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Unit Serantau, Kebanyakan Mata Wang Utama

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan mengukuh berbanding mata wang serantau dan kebanyakan unit utama dunia kecuali euro dan dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur terus memantau perkembangan rundingan AS-Iran serta menjelang pertemuan pemimpin Washington dan Beijing.

Bursa Malaysia Catat Penurunan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum penurunan pada tengah hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lemah apabila sentimen terjejas oleh perkembangan baharu berkaitan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran.

Ringgit Teruskan Momentum Kenaikan Menjelang Pengumuman OPR Esok

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum kenaikan apabila ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama dan unit serantau pada Rabu, didorong sentimen yang bertambah baik ketika pelabur menunggu keputusan mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Malaysia Kekal Berdaya Tahan, Didorong Tumpuan Kepada Disiplin Fiskal - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia kekal berdaya tahan walaupun menghadapi kekangan bekalan global dan ketidaktentuan harga tenaga, didorong tumpuan kepada disiplin fiskal dan pembaharuan ekonomi.

Ketidakpastian Geopolitik Pacu Peralihan Daripada Kecekapan Kepada Daya Tahan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Negara-negara sedang beralih daripada model ekonomi yang dipacu kecekapan kepada daya tahan berikutan ketidakpastian geopolitik yang semakin meningkat membentuk semula landskap ekonomi global termasuk strategi perdagangan dan pelaburan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Rancangan AS Sekat Selat Hormuz

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran serantau yang hambar apabila rundingan Iran-Amerika Syarikat (AS) berakhir tanpa penyelesaian, seterusnya mendorong Washington meneruskan rancangan sekatan terhadap Selat Hormuz.

Perpaduan Teras Daya Tahan Harungi Krisis Bahan Api

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Sejauh mana impak sesuatu krisis itu mungkin sukar difahami sehinggalah asakannya mengundang kesan mendalam sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

Bantuan Kewangan US$50 Bilion Diperlukan Susulan Konflik Asia Barat Asak Ekonomi Global -- IMF

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ekonomi global kini diasak tekanan akibat krisis Asia Barat yang berlanjutan yang berpotensi memerlukan bantuan kewangan sehingga US$50 bilion (US$1 = RM3.98) bagi membantu negara-negara rentan menangani kejutannya, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Niaga Hadapan MSM Akhiri Penurunan Tiga Hari Berturut-turut Untuk Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri penurunan harga selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis, disokong oleh aktiviti belian harga rendah dan pemulihan harga tenaga, kata seorang penganalisis.

Penyelarasan Sementara Kuota BUDI95: Langkah Munasabah Kurangkan Perbelanjaan Kerajaan

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pengumuman kerajaan mengenai penyelarasan sementara kuota subsidi bulanan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada 200 liter daripada 300 liter sebulan yang akan dilaksanakan pada April wajar diterima dengan hati terbuka serta rasional oleh rakyat Malaysia.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Risiko Bertambah Baik

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sekumpulan mata wang utama pada hari Rabu susulan sentimen risiko bertambah baik berikutan rundingan gencatan senjata berpotensi diadakan antara Amerika Syarikat dan Iran.