Alliance Islamic Bank Rancang Perluas Program Pembiayaan Mikro Zakat AZAM Ke Seluruh Negara
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Alliance Islamic Bank Bhd bercadang untuk memperluas Program Pembiayaan Mikro Zakat (AZAM) ke seluruh negara selepas inisiatif itu memberikan hasil positif dalam meningkatkan taraf hidup usahawan mikro dari kalangan asnaf.