BERITA TERKINI   Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia 5-1 Laos | Raja Permaisuri Agong titah UTM jalankan kajian pengaruh media sosial terhadap murid, pelajar - Istana Negara  | Raja Permaisuri Agong pandang serius kes rogol di sekolah, titah rujuk modul kempen TinDak wujudkan persekitaran sekolah selamat - Istana Negara | Kes tikam pelajar perempuan: Pentadbir sekolah akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah hingga siasatan selesai - KP KPM | KPM bekerjasama rapat dengan PDRM bagi perkukuh pemantauan keselamatan di sekolah seluruh negara - KP | 

Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " uem lestra"

Forum Perniagaan Tenaga ASEAN Ke-25 Sebagai Platform Kerjasama Tenaga ASEAN

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 (AEBF-25) yang akan bermula esok berperanan sebagai platform untuk memperkukuh kerjasama serantau dan menggerakkan kerjasama strategik bagi mempercepat transformasi tenaga ASEAN.

PM Anwar Akan Rasmi Forum Perniagaan Tenaga ASEAN Ke-25 Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 (AEBF-25), dialog yang paling penting di rantau ini mengenai masa depan tenaga ASEAN.

Malaysia Tonjol Inisiatif Peralihan Tenaga, Transformasi Air Dan Tindakan Iklim Di Ekspo 2025 Osaka

PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Malaysia menzahirkan komitmennya terhadap kelestarian dan tindakan iklim di Ekspo 2025 Osaka menerusi program Minggu Ke-22 di Pavilion Malaysia yang berlangsung dari 8 hingga 14 Sept.

Komitmen ACWA Power Perkukuh Posisi Malaysia Sebagai Pemain Utama Tenaga Mampan Serantau - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Komitmen syarikat penyahgaraman air terbesar dunia, ACWA Power memilih Malaysia sebagai hab utama di Asia Tenggara mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama dalam tenaga mampan serantau dan menyokong usaha ke arah ekonomi rendah karbon, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

BCX, UEM Lestra Meterai MoC Untuk Lelongan Pertama CRESS

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Unit milik penuh Bursa Malaysia Bhd, Bursa Carbon Exchange (BCX) telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan UEM Lestra Bhd, unit milik penuh UEM Group Bhd untuk merintis lelongan Kontrak Bekalan Tenaga Dua Hala (BESC) pertama di Malaysia di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).

UEM Lestra Bekerjasama Dengan ACWA Power Majukan Kemudahan IWPP Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh dan sayap industri hijau UEM Group Bhd, UEM Lestra Bhd (UEM Lestra) bekerjasama dengan ACWA Power dari Arab Saudi untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan bersama-sama membangunkan loji penjanaan tenaga dan air bebas (IWPP) boleh baharu di Malaysia.

UEM Lestra Peroleh Pembeli Tenaga Untuk Loji Tenaga Solar Hibrid 1GW Di Bawah CRESS

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- UEM Lestra Bhd memperoleh pembeli tenaga untuk projek loji tenaga solar hibrid satu gigawatt (1GW) di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) melalui Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).

Belanjawan 2025 Papar Komitmen Kerajaan Terhadap Tanggungjawab Fiskal - Khazanah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam jelas memaparkan komitmen berterusan kerajaan terhadap aspek tanggungjawab fiskal dan pertumbuhan seimbang.

Usaha Kerjasama Dengan GLIC Pacu Pelaburan Domestik Lebih Besar - Khazanah

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Entiti milik kerajaan, yang “lazimnya dikecam” kerana lebih “mendapat keutamaan” berbanding penggiat persendirian, sebaliknya mempunyai tanggungjawab untuk “menarik penglibatan” pemain swasta dan pihak berkepentingan lain, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.