MSM Diunjur Diniaga Sekitar RM4,000 Satu Tan Pada 2026 - Kenanga
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka harga minyak sawit mentah (MSM) diniagakan sekitar RM4,000 satu tan pada 2026 berbanding RM4,308 satu tan pada 2025, disokong oleh bekalan minyak makan global yang masih terhad walaupun bekalan meningkat, dengan paras inventori dijangka tidak menunjukkan penambahbaikan ketara.